Di Dubai, nombor ‘P7’ menjadi nombor plat kenderaan paling mahal di dunia apabila dijual pada harga hampir 55 juta dirham (RM66,114, 924 ) walaupun cuma ada dua angka sahaja pada plat tersebut.
Lapor laman berita Agensi, lelongan The Most Noble Numbers di Dubai itu menawarkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon yang luar biasa dan menjadi kegilaan pengguna.
Lelongan tebesar pada acara itu adalah nombor plat P7 yang dijual pada harga 54,996,994 dirham (RM66,111, 311).
Menurut Agensi, Harga tersebut dibida oleh pengasas aplikasi pesanan ringkas Telegram, Pavel Valeryevich Durov yang berketurunan Perancis-UAE.
Angka itu mengatasi Guinness World Records nombor pendaftaran kereta paling mahal sebelum ini berharga 52,149,500 dirham (RM62,729,138) untuk nombor ‘1’ dalam satu acara lelongan di Abu Dhabi pada 2008.
Antara nombor pendaftaran kenderaan lain yang dijual dalam acara lelongan sama termasuk ‘AA 19’, ‘O71’ dan ‘Q 22222’.
Baca juga: Rakyat negara Russia adalah manusia yang paling susah nak senyum, ini sebabnya