Cili dan rakyat Malaysia berpisah tiada, apatah lagi dalam masakan Melayu banyak menggunakan cili.
Namun ramai tak tahu sebenarnya ada banyak cili di dunia malah tahap kepedasan juga berbeza.
Ini antara lapan cili terpedas di dunia menurut E Times.
1. Carolina Reaper
Rupa luaran sahaja sudah menakutkan, cili terpedas di dunia ini dikenali sebagai Carolina Reaper.
Cili ini erasal dari South Carolina, Amerika Syarikat. Dikatakan ianya memiliki kepedasan lima ratus kali ganda berbanding sos Tabasco.
2. Moruga Scorpion
Cili kedua pula hanya boleh dirasai kepedasan selepas beberapa gigitan, namanya adalah Moruga Scorpion dan ia boleh ditemui di Trinidad dan Tobago.
3. Naga Morich
Cili yang terkenal dengan nama ‘The Snake’ ini berasal dari Banglasdesh. Saiz adalah lebih kecil namun rasa masam dan manis menyebabkan ianya unik.
4. Chocolate Trinidad Scorpion
Walaupun kepedasan Chocolate Trinidad Scorpion setanding Moruga Scorpion, ianya mempunyai rasa yang lebih manis dan kurang asidik.
Chocolate Trinidad Scorpion juga sangat terkenal untuk digunakan semasa BBQ dan pelbagai jenis sos.
5. Bhut Jolokia
Berasal dari India, ianya turut dikenali sebagai Ghost Pepper. Pada tahun 2007, The Guiness Book of World Record menamakannya sebagai cili yang terpedas di dunia.
Tahap pedasnya hingga anda terpaksa memakai sarung tangan latek apabila menyentuh cili ini kerana minyaknya mampu menembusi sarung tangan biasa.
6. Habanero Red Savina Pepper
Cili ini pernah juga memegang rekod sebagai cili terpedas selama 12 tahun iaitu dari tahun 1994 hingga 2006.
Rasanya seakan manis dan kebuah-buahan. Ada yang berpendapat bahawa cili ini jauh lebih pedas berbanding cili habanero.
7. Scotch Bonnet Pepper
Berasal dari pulau Caribbean, ianya juga dikenali di Guyana di mana ianya dinamakan sebagai “ball of fire” kerana tahap kepedasannya.
Rasanya menyerupai habanero, namun lebih pedas. cili Scotch Bonnet juga sangat popular di gunakan di dalam masakan jerk chicken dan sos pedas.
8. Manzano Pepper
Boleh didapati di Peru dan Bolivia, Manzano mempunyai rasa yang seakan sitrus. Berbanding yang lain, cili ini antara yang paling susah untuk ditanam.
Ianya memerlukan cuaca yang sejuk, di mana suhunya di antara 4 hingga 15 celcius.
Buat pencinta makanan pedas, pernahkan anda mencuba cili-cili ini untuk menguji tahap kepedasan yang boleh diterima badan.
Baca juga: Demi pujuk anak 5 tahun ke sekolah, ibu sanggup hadiahkan Mercedes G-Wagon