“Pelik sangat ni, sekolah Cina tapi murid Melayu lagi ramai”

Oleh KIM SYAZIE

Sejak kebelakangan ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) mula mendapat tempat di hati rakyat Bumiputera khususnya bangsa Melayu.

Walaupun tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Cina, ibu bapa ini tetap memilih sekolah vernakular berkenaan sebagai tempat menuntut ilmu.

Hal ini telah menyumbang kepada peningkatan pendaftaran murid bukan berbangsa Cina di sekolah jenis kebangsaan itu.

Data dari Kementerian Pendidikan menyatakan, antara 2010 dan 2014, pendaftaran pelajar bukan Cina telah meningkat lebih dari 20%.

Difahamkan, satu daripada lima murid yang bersekolah di SJK (C) bukanlah datang daripada mereka yang berbangsa Cina.

Bahkan ada beberapa sekolah vernakular yang mempunyai lebih banyak bilangan pelajar bukan Cina berbanding murid berbangsa Cina.

Sekolah tersebut terletak di Betong, Sarawak iaitu SJK (C) Chung Hua di pekan Spaoh dan SJK (C) Chung Hua, di pekan Debak, lapor Malaysiakini.

Dikatakan, mereka yang melalui di depan bangunan ini bakal terkejut kerana begitu banyaknya bilangan pelajar Muslim di sekolah tersebut.

Perbezaan sistem pendidikan yang diamalkan oleh sekolah tersebut merupakan punca utama mengapa ianya menjadi pilihan ibu bapa.

Menitikberatkan pelajaran dari segi latih tubi, sekolah itu turut memupuk budaya berdisiplin tinggi berbanding sekolah lain di negara kita.

Baca juga: Amaran! Malaysia bakal dilanda gempa bumi besar – Pakar