Berkat bulan Ramadhan yang mulia, pelakon dan pengarah, Farid Kamil memohon agar isterinya, Diana Danielle segera bertaubat.
Sebelum terlambat, Farid khuatir isteri kesayangannya itu bakal dilaknat tuhan sekiranya gagal berbuat demikian.
Pelakon yang berusia 42 tahun itu berkata demikian sejurus selesai menghadiri prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Katanya, pintu kemaafan buat Diana sentiasa terbuka buatnya kerana wanita itu merupakan ibu kepada anak kandungnya.
“Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh ampunkan.
“Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan merupakan ibu kepada dua anak saya,” katanya.
Walaupun mulai goyah, Farid menegaskan bahawa dia tidak akan berputus asa dalam menyelamatkan rumah tangganya.
Farid juga bakal menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan kesahihan dakwaannya mengenai kewujudan orang ketiga.
“Semua benda itu akan ditentukan oleh mahkamah sebab saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang menuntut apa hukum-hakamnya,” ulasnya.
Prosiding sulh pertama yang diadakan pada Selasa lalu itu tidak dihadiri Diana dan prosiding kedua ditetapkan mahkamah pada 25 Mei depan.
Baca juga: “19 tahun kahwin baru aku sedar isteri sebenarnya seorang lelaki”