Dunia digemparkan dengan berita bekas isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, menuntut separuh daripada kekayaannya ketika memfailkan cerai.
Apa yang mengejutkan, mahkamah memberitahu Hakimi tidak mempunyai sebarang harta biarpun pemain bola sepak itu menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.
Ini kerana Hakimi sejak awal lagi telah memindahkan kesemua harta dan aset yang dimilikinya atas nama ibunya.
Atas sebab itu, isteri Hakimi iaitu Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya.
Lapor akhbar Sepanyol, Marca, ibu Hakimi adalah penerima gajinya selama ini. Menurut laporan, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu RM1.1 juta seminggu.
Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.
Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu ‘membuat kenyataan dirogol’ tanpa mengemukakan aduan rasmi.
Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.
Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.
Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.
Baca juga: Kenapa Arab Saudi dah nampak anak bulan tapi Malaysia tak? Ini jawapan paling tepat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio