Ingat lagi dengan penyanyi Waheeda ‘Wassini’? Terkejut tahu keadaannya sekarang

Oleh KIM SYAZIE

Sekian lama menyepi dari industri hiburan, rupanya penyanyi, Waheeda Wassini masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik.

Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.

Berhijrah setelah mendirikan rumah tangga, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik.

“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).

“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.

Hampir 10 tahun mendiamkan diri, Waheeda kembali mengeluarkan lagu baharu sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu ‘Marhaba Eid’.

Menurutnya, lagu yang dilancarkan di laman Youtube dan Spotify itu adalah hasil terbitan syarikatnya sendiri, Clef Empire.

Kini bergiat aktif di belakang tabir, penyanyi itu akui dirinya lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu.

Belum mempunyai zuriat setelah 10 tahun bernikah, Waheeda tetap bahagia dapat menumpang kasih sayang bersama anak tirinya.

Baca juga: Nurul Izzah curi tumpuan, beri tips pada Nad Zainal macam mana nak hadap kecaman netizen