Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim perlu merombak Kabinetnya tetapi ia tidak bermakna menteri itu akan diganti dan ia boleh tukar portfolio dengan menteri lain.
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, Anwar sudah mengetahui siapa yang berprestasi baik atau sebaliknya tetapi menegaskan Anwar boleh menukar portfolio menteri yang berprestasi rendah.
Beliau berkata pada masa ini Anwar nampaknya sedang bergelut untuk memenangi pengundi Melayu.
“Saya rasa Anwar sudah tahu siapa yang berprestasi baik atau sebaliknya. Rombakan adalah satu cara tetapi ia tidak bermakna menteri itu akan diganti. Beliau boleh tukar portfolio dengan menteri lain.
“Ini boleh mengurangkan atau konflik dalaman terutamanya dalam kerajaan perpaduan ini. Tidak boleh dinafikan sesetengah menteri, kita tidak dengar apa-apa daripada mereka.
“Kalau boleh Anwar perlu merombak Kabinetnya selepas Hari Raya, sebelum pilihan raya negeri,” katanya.
Mazlan turut bersetuju dengan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar mempercepatkan pembaharuan dan menawan pengundi Melayu.
Hisomuddin berkata kerajaan perpaduan masih belum menunjukkan ia boleh mengumpulkan sokongan pengundi Melayu selepas hampir setengah tahun memerintah.
Ianya termasukah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu masih terkial-kial selepas lima bulan memegang jawatan.
“Saya tidak nampak banyak daripada kementerian dalam usaha meraih sokongan orang Melayu. Terutamanya orang Melayu luar bandar yang bekerja sebagai nelayan dan petani.
“Kementerian ini perlu bekerjasama rapat dengan masyarakat Melayu yang pada pilihan raya dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional. Undi Melayu untuk Pakatan Harapan (PH) dan Umno jatuh, jadi mereka perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini,” tambahnya dipetik The Malaysian Insight.
Beliau tidak menolak tanpa sokongan pengundi Melayu, sukar bagi Anwar untuk menentang naratif mengatakan hak Melayu Islam yang dimainkan oleh musuh politiknya.
“Apabila Anwar menjadi PM, jangkaan tinggi di kalangan penyokong tegarnya yang mahukan reformasi dilaksanakan.
“Jika benar tidak cekap, maka Anwar patut menggantikan mereka. Ini adalah satu-satunya cara untuk menunjukkan beliau serius dengan agenda reformasinya.
“Jika selepas enam bulan masih tiada keputusan, maka ada sesuatu yang tidak kena,” kata Hisomuddin.
Baca juga: Bersetubuh luar nikah, Puteri Sarah ada bukti video dan gambar tak senonoh