Ratusan jemaah mula memenuhi Masjid Aolia di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta pada pagi semalam bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
Sedangkan, pemerintah Indonesia telah menentukan bahawa negara itu bakal menyambut Aidilfitri pada hari Sabtu, 22 April ini.
Pemimpin jemaah Masjid Aolia, Raden Ibnu Hajar Pranolo berkata bahawa berdasarkan kelendar mereka, 1 Syawal jatuh pada hari semalam, 20 April.
“Tadi malam itu malam 30 Ramadan,” kata Ibnu Hajar yang lebih dikenali dengan nama Mbah Benu di kalangan pengikut Jemaah Masjid Aolia.
Anak ketiga Ibnu Hajar, Musa Assiqbilah berkata pengikut Jemaah Masjid Aolia telah mula mengerjakan ibadah puasa pada 22 Mac.
Walaupun tarikh yang ditentukan berlainan dengan pengumuman pemerintah, pengikut jemaah tersebut yakin dengan pegangan mereka.
“Jemaah Aolia hari ini seluruhnya melaksanakan solat Eid (Hari Raya Adilfitri) serentak, di (daerah) Panggang saja ada 10 lokasi.
“Kita yakin seyakin-yakinnya dengan keilmuan mursyid kami menentukan lebaran tahun ini, sehingga wajib melaksanakan,” katanya.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama Republik Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu.
Hal ini kerana anak bulan Syawal pada waktu Maghrib di negara itu tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Baca juga: Nak cepat turun berat selepas raya, makanan nombor 9 paling susah nak elak