Ular sawa 100 kilogram (kg) sedia menyerang tujuh ekor lembu yang sedang berada di dalam kandang pada waktu malam sepanjang Ramadan baru-baru ini.
Penternak di Chukai Zainudin Embong, 24 dia memberi makan tujuh ekor lembu yang diternak pada waktu malam di sepanjang Ramadan.
Bagaimanapun, lembu yang diternak cuba dibaham seekor ular sawa sepanjang lima meter yang dianggarkan seberat 100 kg.
“Saya berniaga di bazar Ramadan oleh itu tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan lembu pada waktu siang.
“Setiap hari, pada jam 12 malam saya akan ke kandang lembu itu untuk memberi makan lembu.
“Bagaimanapun kali ini paling menakutkan apabila menemui ular sawa yang sangat besar berada pada bahagian atap kandang,” katanya.
Menurutnya, ular sawa itu kelihatan bersedia untuk menyerang lembu cuma bernasib baik kerana lembu dibiarkan bebas dan tidak diikat pada kandang.
“Sekiranya lembu diikat di kandang, pasti ular sawa besar itu sudah menelannya.
“Saya juga biasa menangkap ular sawa sendiri, tetapi kali ini terpaksa meminta bantuan tiga rakan untuk menangkapnya kerana saiz yang besar,” katanya.
Menurutnya, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menangkap ular itu yang agak agresif dipercayai kerana lapar.
“Lokasi rumah berada di kawasan pedalaman, kalau hubungi pihak bomba atau Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APAM) mereka akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke lokasi.
“Oleh itu saya nekad menangkap ular itu sendiri dengan bantuan tiga rakan sekampung sebelum ia mengancam ternakan,”katanya dipetik Harian Metro.
Baca juga: Ayah pilih kasih menantu naik kereta Vellfire parking bawah garaj, kereta saga bawah pokok