Boleh pula letak tagline tak senonoh, kad raya ini dikecam netizen

Oleh KIM SYAZIE

Bila dah raya ni, maka banyaklah syarikat yang mengeluarkan duit lebih untuk mengeluarkan sampul raya sendiri.

Namun ada pula syarikat yang menggunakan ayat tidak sopan walhal tahu sampul raya ini selalu diberikan kepada kanak-kanak atau remaja.

Seorang pengguna Facebook, Ina Tisha Merican meluahkan rasa tidak puas hati dengan satu syarikat yang meletakkan tanda pagar atau hashtag yang tak sesuai di sampul raya.

“Dalam penyediaan ucapan, atau apa bentuk penulisan, paling penting ialah kita kena kenal pasti siapa pendengar atau pembacanya.

“Ini bagi aku, satu pemasaran yang gagal oleh pihak (nama syarikat) kerana tidak mengenal pasti pengguna.

“Yang nak terima duit raya ni budak-budak. Mungkinlah ada sampul yang diberi pada ibu bapa atau orang dewasa, tapi majoritinya populasi bawah umur di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama dia turut mengecam hotel yang dikatakan membawa imej patuh syariah namun mengeluarkan perkataan tidak senonoh.

Rata-rata warganet bersetuju dengan hashtag yang dikatakan tidak sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak.

Maaf, bagi saya kurang adab berbahasanya. Memandangkan sampul raya selalunya diberi pada budak-budak, sangat tak sesuai penggunaan bahasanya tu,” komen Norhayati Ali

“Perkasakan sajalah bahasa melayu #hindarimaksiat ke #Allahmahamelihat ke. Perkataan macam ni I (saya) pun malu mak ayah baca,” tambah pengguna Facebook.

Baca juga: Sabtu sah Raya, tapi ratusan jemaah dah mengerjakan solat sunat Aidilfitri semalam?