Bila dah semakin moden maka fesyen tradisional juga dinaik taraf namun gaya pemuda ini agak pelik untuk dihadam.
Seorang pemuda memuat naik video pemakaian sampin di TikTok dengan menyatakan ini adalah gaya buat orang bujang.
“Kata orang, kalau bujang kena pakai atas lutut. Salam dari kami geng sampin atas lutut @Jad @manmalu,” ujar kapsyen @tomiokakasim.
Warganet bukan sahaja memerli cara pemakaian sampin malah turut mengkritik orang yang menggayakannya.
“Ini bukan bujang, ni belum baligh lagi bang,” ujar pengguna TikTok.
“Ini lampin bang bukan sampin,” tambah pengguna lain.
“Sampin ke skirt mini bang,” komen Sara.
Malah ada yang membetulkan tanggapan pemilik video dengan menyatakan ia perlu dipakai atas kepala lutut.
“Atas kepala lutut bukan atas kepala takuk bang..,” kata Dani.
Sudah elok bersampin bak lelaki Melayu terakhir, mengapa pula nak burukkan imej dengan fesyen bak luar negara.
Baca juga: Baru 8 hari bernikah, ‘influencer’ diceraikan melalui WhatsApp