Ibu tuduh anak 11 tahun dipaksa kahwin, lelaki pula ditahan polis

Oleh NASUHA RAHMAN

Ibu mendakwa anaknya berusia 11 tahun dipaksa kahwin dengan lelaki menyebaban lelaki berkenaan ditahan polis kerana mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun.

Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak mengaku sebaliknya sebagai helah wanita itu untuk mengambil wangnya.

Lelaki India ditahan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) kerana mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun.

Tertuduh dikenal pasti sebagai Mahendra Pandey berusia 40 tahun dari daerah Siwan, Bihar.

Superintendan Polis Siwan Shailesh Kumar Sinha berkata, Mahendra ditahan di bawah Akta POCSO.

“Kanak-kanak bawah umur itu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

“Saya berkahwin dengan persetujuan kanak-kanak itu dan ibunya.

“Sekarang ibunya memeras ugut saya. Dia mula menuntut wang.

“Tiada sebarang transaksi wang antara kami. Saya terperangkap. Ada media yang menyebarkan berita palsu,” katanya.

Kanak-kanak itu, Sandhya Kumar juga berkata, ibunya mengaitkan Mahendra dengan tuduhan palsu.

“Kami berdua berkahwin dengan persetujuan ibu dan kami mahu tinggal bersama.

“Tadi ibu sudah selesaikan semuanya, kini dia memerangkap kami berdua,” katanya dipetik Harian Metro.

Baca juga: Abang pilot buat kejutan keluar ucap babai, sedekah duit raya kepada semua penumpang