Patutkah Majlis Peguam didaftar sebagai badan politik?

Oleh NASUHA RAHMAN

Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) 10 Mei akan datang. Ia akan membahas usul mengutuk “serangan bertalu-talu” terhadap badan kehakiman.

Bar Council mempertahankan Hakim Nazlan, membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat Nazlan dan mengecam Datuk Azalina Othman kerana mengesahkan hasil siasatan SPRM.

“Tidak ada yang pelik dengan tindakan Bar Council itu. Badan itu kuat main politik, berat sebelah dan amat selektif siapa yang mereka mahu pertahankan,” soal Dr Puad Zarkashi di Facebooknya.

Katanya, Bar Council tidak lagi fokus kepada peranan fundamental mereka dan sepatutnya mengawal profesionalisme kepeguaman.

“Tetapi Lebih banyak berada di gelanggang politik dan main politik.

“Lebih baik daftar Bar Council sebagai badan politik. Badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak pun berperangai macam Bar Council,” komen beliau.

Jelas beliau, Bar Council patut bahas dan buat pendirian terhadap dapatan SPRM bahawa Nazlan melanggar tata etika Hakim. Itu baru betul. Buatlah pendirian yang bermaruah.

“Kenapa marah Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan. Kenapa tutup mata sebelah dalam kes Zetti Aziz.

“Kenapa tidak bahas memoir Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam perlantikan hakim hakim. Kuat politik Bar Council,”soalnya.

Baca juga: Ibu tuduh anak 11 tahun dipaksa kahwin, lelaki pula ditahan polis