Walaupun kehilangan anak lebih dua dekad, ibu bapa lelaki ini masih tidak berputus asa dalam mencarinya.
Lebih memilukan sehingga kini tiada khabar sama ada anak mereka masih hidup atau sudah dijual kepada sindiket jual organ manusia.
Pengguna Twitter, @magmalaya memuat naik gambar kotak yang menunjukkan satu iklan kehilangan kanak-kanak di China.
Walaupun budak lelaki tersebut sudah hilang lebih 25 tahun tetapi ibu bapanya tetap berusaha dalam menjejaki anaknya.
“Kotak dari supplier China sampai ke rumah aku. Dicetak pada kotak, budak hilang sejak 1998.
“25 tahun, ibu bapa masih tak putus asa. Sindiket culik budak di China memang menakutkan,” ujarnya.
Tertulis di bawah gambar tersebut hasrat ibu bapanya yang masih menunggu kepulangan anaknya.
“Pulanglah Sayang.
“Wang Yu Yun, lelaki, lahir 28/1/1993, keunikan: belah atas telinga kiri budak ada parut jahitan.
“16/5/1998, Wang Yu Yun hilang ketika bermain di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Lorong XiChang, Bandar JinCheng, hubungi polis,” tulisan yang diterjemah @Mandarinjer.
Baca juga: Tiada pendapatan, suami guna RM7,000 kiriman isteri untuk nikahi wanita lain di Thailand