Kes serangan seksual semakin meningkat di Malaysia malah golongan ini tidak lagi takut untuk melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat terbuka.
Apatah lagi kini ia tidak mengenal jantina mahupun umur, semua boleh menjadi mangsa.
Seorang pengguna pengangkutan awam memuat naik video menunjukkan tangan yang cuba merabanya dari tempat duduk belakang dalam sebuah bas yang dinaiki.
Wanita tersebut terus mengelak badannya dan merakam perbuatan tersebut sebagai bukti.
“Lepas ini orang perempuan kena hati-hati naik bas kalau naik seorang. Jangan lalai sangat! Manusia macam-macam perangai sekarang,” tulisnya.
Difahamkan, wanita itu sudah memberitahu pemandu bas dan lelaki berkenaan telah diberi amaran kerana bersikap sedemikian.
Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka, ada yang sampai hempuk kepala dengan tin biskut lagi.
“Pernah masa tu balik kampung. Terlelap, sedar-sedar dia buat tertidur sambil peluk bahu. Mujur mak bekal tin biskut so hempuk kepala. Kecoh satu bas masatu,” ujar Ain Harris.
“Aku dulu ketuk dengan payung sebab kebetulan bawak payung. Sekuat-kuatnya aku ketuk. Perasaan lega dapat ketuk tu lain macam,” komen June Artisha.
Bagi yang sering menaiki bas terutamanya pada waktu malam bawa barang yang boleh defense anda atau terus sahaja lapor kepada pemandu bas.