Bila tidur dengan rakan-rakan sekepala pelbagai kerenah dapat dilihat daripada kuat berdengkur hinggalah kepada yang suka mengigau.
Buat pengguna TikTok ini, dia sempat merakam aksi ‘pelik’ rakannya yang sedang membuat pesanan seperti sedang berada di kedai makan.
“Nasi putih, tomyam, telur dadar, oh fuhlamak! Aku dah 12 hari tak makan ni,” ujar lelaki tersebut.
Warganet turut terhibur dan menasihati lelaki tersebut untuk makan dahulu sebelum tidur lepas ini.
“Melampau lampau 12 hari tak makan hahaha. Depan logik dah tomyam telur dadar sampai belakang tak logik 12 hari. Mimpikan mainan tidur,” komen pengguna TikTok.
“Sebab tu sebelum tidur kena makan dulu. Jangan tidur dalam keadaan lapar nanti terbawa dalam mimpi,” tambah pengguna lain.
Bukan main lagi siap buat pesanan makanan dalam mimpi, betul-betul lapar tu. Lepas ini kena makan dulu kenyang-kenyang baru tidur.
Baca juga: Selepas 25 tahun, ibu bapa ini masih gigih cari anak hilang -“gambar print tahun 1998 masih ada”