Pastinya ramai yang tak tahu aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen (RM28,958), dah sama macam harga beli kereta dekat Malaysia.
Menurut laman berita Oddity Central, jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato, menerima pengiktirafan Guinness World Records dalam kategori aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen.
Jangan terkejut, harga tersebut hanyalah untuk satu hidangan sahaja dan bukan untuk satu kotak aiskrim.
Malah bungkusannya adalah lebih premium dengan kehadiran kotak hitam, macam beli barang kemas ya.
Tidak cukup itu, pembeli juga akan menerima sebatang sudu logam buatan tangan dari Fushimi, Kyoto.
Sebekas aiskrim Byakuya dengan isipadu 130 mililiter (ml) kini boleh didapati di laman web cellato pada harga 880,000 yen.
Kelebihan aiskrim ini adalah ia tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan pembeli menikmatinya dalam masa 10 hari untuk tekstur yang terbaik.
Menurut laman sesawang Cellato, aiskrim Byakuya diperbuat daripada susu, dua jenis keju, telur kuning dan sake.
Sudah cukup sempurna, ditambah pula dengan salutan keju parmesan, truffle putih dan minyak truffle sebelum ditabur dengan kepingan daun emas.
Sebelum makan, Cellato mencadangkan agar anda meninggalkan aiskrim tersebut pada suhu bilik buat beberapa minit supaya ia lebih mudah untuk dimakan.
Untuk rasa lebih enak, gaulkan sekali dengan minyak truffle.
Bukan itu sahaja, sudu besinya pula ditempa khas oleh artisan Takeuchi yang pakar dalam teknik Fushimiusing – satu teknik yang digunakan untuk menempa senjata pada zaman samurai dahulu kala.
Melihat kepada bahan aiskrim tersebut pastinya ramai tertanya apa yang membuatkan ia mahal, jawapannya adalah truffle putih.
Truffle putih adalah satu bahan yang sangat jarang ditemui, ia dibawa khas dari Itali dan berharga lebih daripada 12,000 Euro (RM58,803).
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio