Aksi seorang isteri apabila teruja setelah menaiki lori suami, itulah gambaran kehidupan setiap orang adalah berlainan kerana mereka menentukan apa yang terbaik dalam hidup tanpa mengikuti panduan.
Ia juga berkait dengan satu rakaman video yang tular baru-baru ini, memaparkan kelakuan seorang isteri semasa dia membuka pintu menaiki kenderaan yang dibawa oleh suaminya.
Klip yang berdurasi satu minit 20 saat itu merupakan kompilasi ragam isteri membuka pintu ketika dijemput dan yang paling menarik, video tersebut dirakam oleh suaminya sendiri.
“Dulu setiap kali buka pintu ada sahaja macam-macam ragam dia. Sekarang dia dah tak ikut, jadi rindu pula,” tulis kapsyen tersebut yang disiarkan di TikTok @mohdhabibullah01.
Dalam setiap rakaman itu, wanita tersebut dilihat mempunyai gaya yang tersendiri dalam menyapa suaminya semasa berjumpa.
Isteri tersebut sering mempunyai cerita yang ingin dikongsikan kepada pasangannya sambil melemparkan barangan yang dibawa ke atas kerusi lori itu.
“Assalamualaikum cinta”
“Baby, baby nampak tak ayang buat apa dekat Facebook?”
“Ada orang ingat, ayang nak lari rumah”
“Baby, betul ke naga wujud?”
“Assalamualaikum baby, baby nak tahu tak?”
Itu merupakan kata-kata yang dituturkan oleh isterinya dalam video itu hingga ada dalam kalangan netizen mengatakan ia adalah perbuatan yang comel.
Lelaki bertuah itu juga dilihat tidak penat melayan malah terasa teruja setiap kali isterinya membuka pintu lori yang dipandunya.
Video tersebut meraih perhatian warga maya di mana ia menerima sebanyak 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Detik yang dirakam itu bukan sahaja membuatkan isterinya dihargai namun ramai yang dapat merasakan kebahagiaan yang dicipta oleh pasangan tersebut adalah ikhlas serta tulus.
Baca juga: Pantai pelancongan paling popular Kelantan dah jadi lubuk pembuangan sampah, apa dah jadi?