Makcik ini telah menjadi perhatian butik mewah kerana satu video berkenaan dirinya telah tular sebuah ciapan di Twitter.
Video itu yang memaparkan seorang wanita yang didakwa telah mencuri beg tangan di sebuah outlet barangan berjenama mewah.
Apa yang mengundang perhatian netizen adalah ciapan asal yang dibuat itu bertujuan untuk menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sekiranya ternampak kelibat wanita ini di mana-mana outlet mereka.
“Untuk semua retail shop, berhati-hati dengan wanita ini kalau nampak dia lalu depan kedai korang. Her outfit memang macam ni bawa bag merah.”
“Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau,” tulisnya di ciapan tersebut.
Melalui ciapan tersebut, dapat dilihat seorang wanita berpelitup muka serta bertudung biru sedang memarahi dua orang petugas outlet butik berkenaan.
Difahamkan, dia yang membawa bersama troli pasar raya ke dalam outlet tersebut dilihat cuba mempertahankan dirinya walaupun perbuatannya telah terbongkar.
“Anda punya attitude. Kamu siapa di kedai ini?” kata-kata yang kedengaran di dalam video tersebut.
Dua orang kakitangan outlet butik berkenaan juga dilihat tenang semasa berhadapan dengan situasi tersebut.
Namun, menurut pemilik akaun Twitter yang juga dipercayai staff butik berkenaan, wanita tersebut akhirnya membayar harga item yang didakwa dicurinya tetapi item itu tidak diberikan kepadanya kerana ia telah menjadi kes curi.
Individu berkenaan turut mendakwa wanita itu pernah melakukan modus operandi yang sama di dua pusat beli-belah terkenal di sekitar kawasan Damansara.
Walau bagaimanapun, ciapan asal yang dibuat telah pun dipadamkan oleh pemilik akaun tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Baca juga: Aksi isteri gembira setiap kali naik lori milik suami buat ramai terharu tengok