Lukisan banduan lelaki tua disusu oleh wanita ini bernilai RM150 Juta, nak menangis tahu kisah disebaliknya

Oleh NASUHA RAHMAN

Memang pelik bila tengok lukisan banduan lelaki tua sedang disusui oleh seorang wanita muda, dan tahukah anda berapa harga lukisan tersebut.

Lukisan itu mesti harga beratus-ratus juta, bagaimanapun ramai ingin mengetahui kisah disebaliknya. Kisanya pernah dikongsi oleh Abudi Alsagoff di Twitternya.

Korang pernah dengar tak pasal satu lukisan gambar gadis muda menyusu lelaki tua dalam sel penjara ni?

Tau berapa harga? Masa terjual harga cecah 30 juta Euro weh!

Lukisan banduan lelaki tua disusu oleh wanita ini bernilai RM150 Juta, nak menangis tahu kisah disebaliknya

Memang nampak pelik lukisan tu, tapi bila dengar cerita dia, korang mesti macam

Ceritanya macam ni, lelaki miskin ni kena “hukum mati kebuluran” sebab mencuri roti masa zaman Louis XIV kat Perancis dulu.

Si gadis dalam lukisan tu sebenarnya anak perempuan dia yang tunggal, dan dia satu-satunya orang yang datang melawat bapanya kat sel.

Setiap hari dia datang, dia kena search betul-betul supaya tak ada bawa makanan masuk.

Lepas 4 bulan, si bapak tu masih hidup lagi dan tak kurus pun.

Pihak berkuasa pun pelik la, jadi depa pun mula tengok-tengok la si gadis tu.

Pada mulanya, dia kena tahan jugak la sebab buat camtu.

Tapi hakim tu nampak betapa sayangnya anak perempuan tu kat bapak dia, jadi dia pun lembut hati la.

Akhirnya, depa maafkan bapak dia dan lepaskan dia dari penjara.

Dan korang takkan percaya, dia ada bagi susu badan dia kat bapak dia, sampai kenyang!

Baca juga: Makcik ini jadi perhatian butik-butik mewah selepas kantoi curi beg berjenama, “mati-mati tak nak mengaku”