Kisah Baby Naail-Akhirnya capai target RM9.1 juta tapi wanita derma tak mahu identitinya didedahkan

Oleh NASUHA RAHMAN

Kisah Baby Naail akhirnya capai target RM9.1 juta hasil derma seluruh rakyat Malaysia melalui Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi iaitu Founder Misi Rakyat.

Beliau berkongsikan rasa terharu kerana kutipan dana untuk rawatan Baby Naail akhirnya berjaya meraih target RM9 juta.

Tidak kira kecil atau besar nilai dermaan, nampaknya rakyat Malaysia sangat bersatu hati meringankan beban ibu bapa kepada Baby Naail.

Hasil tinjauan terbaru merekodkan jumlah dana kini terus meningkat kepada RM9.1 juta meskipun sudah mencapai target.

Seperti yang tertera di senarai penderma, Hafiz Mahamad dan Ayuni adalah antara 2 usahawan dengan pemberian terbanyak iaitu dengan nilai RM50,000.

Maaf Ayuni, saya post juga sebab nak beri inspirasi…Lebih banyak kekurangan dapat kita sempurnakan

Walaupun awalnya enggan pemberian itu diketahui umum, Nur Ahmad Faiz bagaimanapun tetap memuat naik tentang derma yang dibuat oleh Ayuni.

Niat Founder Misi Rakyat itu pastinya demi mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan selepas ini.

Rupanya, niat baik itu sudah dibincangkan sejak bulan Ramadan lalu.

Melalui paparan mesej, dapat disaksikan bagaimana Ayuni mahu bertemu sendiri dengan ibu ayah Baby Naail untuk menyampaikan sumbangan tersebut tanpa perlu dicanangkan kepada umum.

Baca juga: Lukisan banduan lelaki tua disusu oleh wanita ini bernilai RM150 Juta, nak menangis tahu kisah disebaliknya