Menyita perhatian, baju yang dipakai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat pujian dari media antarabangsa.
Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di gereja Westminster Abbey, London, baginda memilih untuk menggayakan pakaian tradisional, baju kurung.
Menurut majalah fesyen antarabangsa, Harper’s Bazaar, set persalinan dipakai baginda adalah antara lima busana tercantik di kalangan tetamu yang hadir.
Mempersonakan, baginda memakai baju kurung moden ‘tenun’ berwarna kuning cerah yang dilengkapi dengan hiasan berwarna perak.
Memartabatkan tradisi, kain tenun yang begitu indah itu adalah hasil kraftangan dan ditenun sendiri oleh penghuni Penjara Penor, Pahang.
Aksesori rantai berlian yang tersemat di dada baginda turut menaikkan lagi seri permaisuri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu.
Selain Malaysia, persalinan yang dikenakan oleh pasangan diraja Thailand, Qatar, Jepun dan Bhutan turut menghiasi carta busana tercantik.
Terdahulu, dalam majlis pertabalan tersebut, Raja Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu.
Selain menjadi ketua negara United Kingdom dan 14 negara Komanwel, Raja Charles III juga ditabalkan sebagai pemimpin tertinggi Gereja England.
Baca juga: Wajah cantik isteri pertama hadir majlis kahwin suami dan madu baru jadi bualan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio