Hampir 25 tahun dibiarkan terbengkalai, adik beradik ini terkejut apabila melihat keadaan rumah flat yang dibeli oleh ibu bapa mereka.
Rumah yang sangat kotor itu juga dipenuhi dengan barangan terpakai kerana jiran mereka menjadikan tempat itu sebagai stor penyimpanan.
Memikirkan susah payah orang tua untuk membeli rumah, mereka membuat keputusan untuk mengubah suai kediaman itu.
“Tahun lepas, saya teringat rumah tersebut dan tak ambil masa lama, saya terus berbincang dengan abang kembar saya, Hazril Zairi untuk ubat suai sikit.
“Rasa tidak lengkap jika sekadar membuat ubah suai, jadi kami berdua berhasrat untuk make over seluruh rumah,” kata Hazrin Zairi.
Demi merealisasikan hasrat itu, Hazrin dan adik-beradiknya bersepakat untuk mengumpul dan menyimpan wang bersama.
Menurutnya, kos keseluruhan untuk membaik pulih kediaman berkeluasan 800 kaki persegi itu dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000.
Kata Hazrin, dia segera menghubungi sahabatnya yang merupakan seorang kontraktor untuk membuat kerja-kerja membaik pulih.
Tular di media sosial, Hazrin berkongsi perjalanan pengubahsuaian itu menerusi satu hantaran video di laman TikTok miliknya.
Memikat hati penonton, dekorasi dalaman rumah yang menarik dan tampak mewah itu dilaksanakan oleh ibu saudara kepada sahabat Hazrin.
Baca juga: Rita Rudaini mengamuk! – “bila hati kau dah membusuk dan berulat, babi hutan pun..”