Buat penggemar durian musang king, anda pasti akan terkejut apabila mendengar khabar harga buah kegemaran hanya RM20 sekilogram dalam masa seminggu dua nanti.
Bukan hanya musang king malah durian jenis duri hitam (black thorn) juga dijangka turun nanti.
Ini sebenarnya adalah hasil usaha pengusaha kebun durian di Balik Pulau yang sepakat untuk beri peluang kepada kaki durian untuk menikmati buah tersebut tahun ini.
Harga semasa bagi duri hitam adalah RM90 sekilogram, musang king (RM65), kacang hijau (RM30), mas dan lipan pula RM33, manakala D604 dijual pada harga RM24.
Menurut Kosmo, pengusaha durian memaklumkan isu kenaikan harga durian yang diutarakan pelanggan sering dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pemilik dusun.
“Setiap kali mesyuarat, kami dapat banyak rungutan daripada pelanggan berhubung harga durian yang sentiasa naik dan tak pernah turun sejak pengusaha mengeksport buah itu ke China sejak 2018.
“Tahun ini, pengusaha durian sedaya upaya mahu turunkan harga durian bagi meringankan bebanan pengguna terutama penggemar durian.
“Saya yakin, kali ini semua orang dapat merasai durian Balik Pulau dan tidak teragak-agak untuk membelinya walau hanya sebiji bagi durian premium,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Brian turut memaklumkan mengenai harga pasaran durian duri hitam daripada peringkat pembekal adalah RM60 sekilogram, berbanding RM85 tahun lalu.
Manakala musang king daripada RM75 kini dijual RM60 sekilogram, manakala udang merah dan hor lor dijual RM28, penurunan hingga RM14.
Baca juga: Hadiah paling ‘rare’, cikgu terkejut dapat ayam hutan hidup