Apabila sudah selesai mengisi minyak tetapi ada hal yang mahu dilakukan, letak kenderaan dalam tapak parkir yang disediakan dan bukan sidai kereta anda di pam minyak.
Seorang pengguna jalan raya meluahkan rasa kesal apabila melihat seorang wanita yang pentingkan diri hingga membuatkan dirinya tertunggu semasa mahu mengisi minyak.
Menurut Kosmo, luahan lelaki tersebut dimuat naik di Facebook milik Mark Adam yang meminta wanita tersebut mengalihkan kereta selepas selesai urusan di pam minyak.
“Alahai kakak, hendak basuh tangan ke, kaki ke, alih lah kereta tu dulu. Ini siap pergi bersembang dengan kawan lagi.
“Kasihan kawan (pemilik) belakang tunggu hendak isi minyak.
“Apa salahnya dibuang sikap sombong tu, alihkan dahulu kereta, mudahkan urusan orang lain.
Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita pula. Sudahla terkial-kial, angkat tangan pun tidak,” rungutnya di hantaran tersebut.
Warganet turut berang dengan sikap sesetengah pengguna yang suka melengahkan masa hingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.
“Aku hairanlah dengan orang yang ‘slow’ macam tu dekat stesen minyak. Aku ni walaupun bawa motosikal sahaja aku turun cepat-cepat pergi kaunter nak bayar, cepat-cepat isi minyak dan jalan. Kalau hendak beli barang, isi minyak dahulu, ‘parking’ dan baru beli barang. Aku jadi serba salah orang lain kena menunggu dekat belakang,” kata Weeyah.
“Jenis yang tiada ‘common sense’ ni susah, pentingkan diri sendiri sahaja. Orang lain pula kena tunggu lama-lama semata-mata nak kena tengok kau berjalan sana-sini,” komen Muhammad Faizal.
“Alahai jenis yang tidak prihatin, pentingkan diri dan menyusahkan orang ni,” ujar Khairin.
Baca juga: Hidap penyakit hempedu, Siti Bainun mohon mahkamah tangguh hukuman penjara