Rakyat Malaysia berkongsi keterujaan mereka di media sosial selepas fenomena ‘bintang’ cerah di tepi bulan sebelum ini sebenarnya adalah planet Zuhrah.
Ramai kecewa selepas terlepas pada Mac lalu, jangan bimbang malam ini anda akan dapat melihat sekali lagi fenomena tersebut.
Ia juga dapat dilihat dengan mata kasar di seluruh negara dalam keadaan langit lebih cerah.
Walaupun ia sedikit jauh jika dibandingkan dengan fenomena yang berlaku pada 24 Mac lalu tetapi ramai yang menyatakan ia cukup indah lapor Sinar Harian.
Menurut laporan, sepanjang minggu ini bulan akan dilihat berdekatan dengan Zuhrah dan Marikh di pelbagai kedudukan di langit.
Planet Zuhrah iaitu planet kedua terdekat dengan matahari di mana peredaran lengkapnya mengambil masa 224.7 hari bumi.
Baca juga: Baru tahu rupanya orang Sarawak tak boleh makan ikan patin, ada sumpahan tak boleh dilanggar