Selalu bangun jam 11 makanan sudah tersedia-Baru seminggu kahwin pengantin mengadu mengantuk

Oleh NASUHA RAHMAN

Selalu bangun sekitar jam 11 pagi makanan sudah tersedia ini tidak bangun pagi-pagi lagi pengantin mengadu matanya mengantuk.

Lumrah alam bila dah berumah tangga, pasangan suami isteri mempunyai satu tanggungjawab baru yang harus dipikul. Mereka mula berdikari dan tak lagi bergantung dengan orang tua seperti waktu bujang dahulu.

Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita menangis mengadu letih selepas seminggu berkahwin.

Menurut pengantin baru itu, selama dia hidup segala urusan rumah termasuk memasak disediakan oleh ibu.

Bila berkahwin, dia mula belajar bangun pagi untuk menyediakan sarapan kepada suami. Wanita itu merindukan rutin bujang di mana dia bangun pada pukul 11 pagi.

Penat urus orang. Biasa ibu yang uruskan semuanya. Bangun pagi-pagi mengantuk. Selalu bangun pukul 11 dan makanan dah ada atas meja.

Dengan linangan air mata, si isteri berkata dia sangat mengantuk dan meminta suami untuk menyediakan makanan sendiri. Namun, suami memujuknya berkata lama-kelamaan isteri akan terbiasa dengan rutin baru itu.

Setakat ini, video perkongsian itu telah mendapat lebih 44 juta tontonan dan 80,000 komen.

Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pengantin baru itu. Tak kurang juga yang bimbang dengan nasib mereka apabila berkahwin kelak. Iyalah, bila dah kahwin mana boleh buat perangai bujang ye dak?

Baca juga: Duit RM300,000 disimpan nenek dalam tin habis musnah kena makan serangga