Hairan sungguh kenapa kita tetap tak boleh buat panggilan telefon ketika berada di dalam pesawat ini sudah tentu akan menyusahkan penumpang.
Dalam mana-mana video pengumuman keselamatan dalam kapal terbang, terdapat satu arahan mungkin sering buat kita tertanta-tanya, apa keperluannya, kan? Arahan tersebut adalah meminta para penumpang untuk mematikan peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.
Secara ringkasnya, syarikat penerbangan meminta anda untuk berbuat demikian kerana peranti-peranti tersebut berkemungkinan akan mengganggu sistem penerbangan.
Pentadbiran Penerbangan Antarabangsa (FAA) telah melarang sebarang penggunaan peranti yang mampu mengganggu kelengkapan komunikasi dan navigasi pesawat sehingga mencetuskan masalah pada sistem.
Tapi sekarang kita ada Airplane Mode (Mod Pesawat), masih relevan lagi ke larangan ini?
Ramai yang percaya bahawa panggilan telefon di dalam kapal terbang mampu membuatkan pesawat yang dinaiki pemanggil itu terhempas.
Hakikatnya, larangan ini sebenarnya lebih kepada perkaitan antara sistem panggilan telefon dengan sistem pemancar isyarat di daratan.
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) telah mengesahkan bahawa panggilan yang dibuat ketika dalam penerbangan mempunyai kesan secara langsung terhadap perkhidmatan telefon bimbit di daratan.
Hal ini disebabkan, telefon bimbit direka untuk digunakan di atas daratan dan dihubungkan melalui satu menara komunikasi yang berada berdekatan dengan pemanggil.
Jika anda bergerak di atas langit pada kelajuan 885.139 kilometer per jam, telefon anda akan disambungkan pada beberapa menara komunikasi di daratan.
Perkara ini akan memakan ruang yang banyak dalam litar sistem berkenaan dan seterusnya mencetuskan masalah perkhidmatan.
Oleh sebab itu, rancangan untuk memamansuhkan larangan ini pada 2007 telah dibangkang ‘keras’ oleh syarikat telekomunikasi.
Walaupun ada Mod Pesawat, panggilan telefon masih dilarang ketika berada di dalam pesawat
Pada 2013, para penumpang akhirnya dapat menggunakan telefon pintar dan beberapa peranti elektronik lain, dalam keadaan Mod Pesawat.
Mod ini akan menghalang penumpang daripada menyambungkan peranti mereka dengan talian perkhidmatan komunikasi yang berada di daratan.
Penumpang boleh menggunakan perkihdmatan Wi-Fi yang disediakan dalam penerbangan. Sungguhpun begitu, segala bentuk panggilan suara ataupun video masih dilarang atas sebab-sebab tertentu, selain dari faktor keselamatan.
Pada 2017, FCC telah mempertimbangkan bagi membenarkan para penumpang untuk membuat panggilan telefon.
Antara syaratnya, panggilan tersebut boleh dibuat apabila pesawat tersebut sudah mencapai ketinggian altitud sekurang-kurangnya 10,000 kaki.
Walau bagaimanapun, rancangan tersebut telah ditolak ramai pihak, termasuklah komuniti juruterbang, kru penerbangan dan lain-lain.
Sebahagian daripada mereka tidak mahu tempoh penerbangan yang biasanya memakan masa berjam-jam, hanya dipenuhi dengan panggilan telefon daripada penumpang.
Ini dapat mengelak sesetengah penumpang daripada ‘bergayut’ di telefon sehingga menganggu penumpang-penumpang lain.
Maka pengerusi FCC, Ajit Pai ketika itu memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang panggilan telefon ketika berada di dalam kapal terbang.
Baca juga: Penemuan ribuan anak udang ‘berarak’ naik ke darat sehingga penuhi halaman rumah