Tular video UAI asyik pandang atas masa ceramah macam nampak sesuatu, akhirnya terjawab apa yang dipandang

Oleh KIM SYAZIE

Sekitar bulan lalu, tular satu video berkenaan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang secara tiba-tiba memandang ke atas dan jeda buat beberapa saat ketika sedang memberikan kuliah.

Kelakuan pendakwah itu menimbulkn banyak spekulasi netizen yang mendakwa kemungkinan beliau ternampak malaikat yang berada di dalam masjid.

Apatah lagi kelakuan UAI ketika itu agak aneh dengan anak matanya seolah memerhati “sesuatu” yang berada di atas, walhal ahli jemaah semuanya sedang duduk bersila di bawah.

Baru-baru ini dalam satu klip yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar akhirnya memberikan jawapan berhubung video tular itu.

Rupa-rupanya ketika itu, dia sedang melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tingkat atas masjid tersebut, dan mengusik UAI dengan beberapa kali memanggilnya.

“Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya tu.

“Dia sebenarnya budak-budak. Atas tu tak siap lagi (tingkat atas masjid) tapi saya dengar mereka panggil saya.

“Bila kita angkat kepala dia lari. Ada empat, lima orang, masa tengah-tengah (ceramah) dia mari lagi.

“Yang tu hujung dah dia mari lagi. Kita tengok dia lari… Kita tengok dia lari,” ujarnya dalam video berkenaan.

Dia juga sedar mengenai video tular tersebut sehingga muncul pelbagai spekulasi yang mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara ghaib.

“Tapi netizen macam-macam, dia kata malaikat maut, Nabi Khidir,” katanya sambil terhibur dengan soalan yang diajukan.

Baca juga: Mata Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba pandang ke atas masa kuliyah, netizen syak ada ‘petanda’ tak baik