Mengaku diri pencipta jala ikan, Mat Salih jual ‘ciptaan’ dengan harga RM230

Oleh KIM SYAZIE

Mendabik dada, seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat mengaku bahawa dirinya adalah pencipta jala ikan.

Mengundang kecaman, pemuda yang dikenali sebagai Kyle Naegeli itu juga bakal melancarkan ‘ciptaannya’ itu di pasaran tidak lama lagi.

Memuat naik video di akaun laman TikTok miliknya, Kyle memaparkan video saat dirinya menggunakan peralatan tradisional itu.

Berjaya menangkap berpuluh-puluh ekor ikan dan udang, perkongsian Kyle itu membuatkan rata-rata pengikutnya merasa kagum.

Dibanjiri dengan pujian, lelaki yang berasal dari Texas itu kemudian mengaku bahawa jala ikan tersebut direka sendiri olehnya.

Bakal memasuki pasaran menerusi platform membeli belah atas talian, jala ikan ‘ciptaan’ Kyle itu bakal dijual dengan harga AS$49.99 atau RM230.

Sejurus video perkongsian Kyle itu tular di beberapa negara Asia termasuk Malaysia, ramai yang tidak berpuas hati dengan dakwaannya itu.

Sudah lama digunakan oleh para nelayan di Asia Tenggara, kenyataan Kyle mengenai ‘ciptaannya’ itu segera dibantah pengguna TikTok.

“Ini nama dia jala. Orang putih konon dia yang invented (cipta) benda ini. Padahal orang Asia dah berzaman guna,” komen seorang pengguna.

“Cuba Google ‘jala’. Kamu boleh dapatkan dengan harga murah. Kami dah lama guna sebelum nenek moyang kamu datang menjajah,” kata pengguna lain.

Baca juga: Rupanya boleh pakai lagi! Ini cara berkesan buang kesan terbakar pada seterika.