Bagi yang menggunakan perkhidmatan Grab, pastinya tahu ada perbezaan harga untuk kereta yang dinaiki terutamanya untuk jumlah pelanggan.
Ada dua pilihan iaitu Grab 4 seater atau grab 6 seater, namun ramai sahaja yang berjimat dengan cara mengambil pilihan kereta kecil sebelum menyumbat semua.
Ini adalah salah tidak kira jaraknya dekat apatah lagi jika jauh, kalau terserempak dengan polis pastinya pemandu akan disaman.
Tular video di Twitter mengenai pemandu Grab yang menghalau pelajar universiti selepas mereka dengan selamba duduk lima orang di tempat duduk belakang.
“Muar je, saya kecil bang,” jawab penumpang selepas pemandu Grab menyoal berapa orang yang menaiki keretanya.
AKhirnya pemandu tersebut mengarahkan semua penumpang untuk turun dan batalkan pesanan mereka.
Diharapkan para pengguna perkhidmatan Grab peka dengan isu jumlah penumpang ini, kalau terjadi apa-apa yang akan disalahkan adalah pemandu.
Baca juga: Siap berselendang! Penyanyi seksi tak kesah dipanggil ‘fake’ saat pulang ke Kelantan