Kafe hospital melampau, jual telur masin dengan harga RM6 sebiji!

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelanggan restoran yang dipercayai terletak di sebuah pusat perubatan universiti terperanjat saat melihat resit makanan dibelinya.

Mana tidaknya, dia perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM3 hanya untuk membayar pesanannya iaitu telur masin separuh.

Menawarkan harga yang tidak masuk akal, sekiranya pelanggan tersebut mengambil sebiji telur masin, nilainya boleh mencecah RM6.

Berdasarkan resit yang beredar, pelanggan itu hanya memesan sepinggan nasi putih bersama seekor ikan masak sambal dan ikan masin separuh.

Hanya makan seorang diri, pelanggan tersebut perlu membayar sebanyak RM11 untuk semua hidangan yang dipesannya itu.

Berkongsi keresahannya itu di Whatsapp ‘story’, kenalannya kemudian menyebarkan tangkap layar resit tersebut di media sosial.

Sebaik ditularkan, resit berkenaan telah menyita perhatian orang ramai terutamanya dari kalangan pengguna laman Twitter.

Individu yang sering mengunjungi pusat perubatan itu mengakui bahawa restoran sekitar memang menjual makanan dengan harga mahal.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang , rata-rata pengguna menasihatkan agar pelanggan bertanya dahulu sebelum memesan makanan.

“Tidak dinafikan kafe dalam kawasan ini semua mahal belaka,” komen seorang individu yang sering mengunjungi tempat itu.

“Tebalkan muka, rajin bertanya, hilang resah, nanti mata juga yang basah. Aku dah biasa angkat kaki kalau kedai mahal.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Ada sebab kenapa Ustaz tak galakkan pasang ayat Ruqyah masa memandu…