Syarikat insurans tawar kerja kosong sebagai ‘penari Tiktok’ dengan gaji sehingga RM10,000

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah syarikat penyedia insurans kereta di Malaysia didakwa menawarkan kerja kosong kepada mana-mana individu yang mahu bekerja sebagai ‘penari TikTok’ untuk laman sosial insurans tersebut.

Perkara tersebut tular di media sosial selepas seorang pengguna TikTok @nagulanmusical memuat naik video kerja kosong yang dijumpainya di laman indeed.com

Dalam video itu, sebuah syarikat insurans menawarkan gaji bermula RM2,000 hingga RM10,000 sebulan sebagai ‘TikTok Dancer’ sehingga menjadi bualan ramai.

Selain itu, syarikat itu juga mencari calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang tarian, pemegang ijazah seni kepujuan, dan keupayaan untuk bekerja lebih masa.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa individu memberitahu mereka telah pun memohon kerja berkenaan kerana ingin tahu apa kerja yang perlu dilakukan

Selain itu, ada juga komen-komen menarik perhatian, mengatakan patutlah tidak ramai anak muda yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti – terdorong keinginan mahu menjadi pempengaruh.

Namun ada yang mengatakan dia hampir memohon kerja tersebut berikutan begitu terdesak perlukan kerja.

Baca juga: Kafe hospital melampau, jual telur masin dengan harga RM6 sebiji!