Seorang pekerja taska di Kota Bharu, Kelantan merasa hampa apabila dibayar gaji di bawah kadar minimum iaitu hanya RM600 sebulan.
Mahu mencari rezeki, pekerja itu terperanjat saat diminta menanggung bil air dan elektrik taska tersebut walaupun diberi gaji yang rendah.
Apabila nilai gaji dipersoalkan, majikan tersebut memberi alasan bahawa pekerja itu layak menerima bayaran sedemikian kerana masih baru.
Mengeruhkan keadaan, majikan tersebut turut tidak membenarkan pekerja itu berhenti malah mengugut mahu mengenakan saman.
Mendakwa mempunyai kontrak empat bulan, pekerja itu malah mengaku tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen semenjak mula bekerja.
Sudah tidak tahan, pekerja itu nekad meninggalkan sahaja taska tersebut walaupun baru sahaja dua minggu berkhidmat.
Langsung tidak membayar gaji, pemilik taska malah meminta pekerja membayar bil elektrik dan air buat kali kedua beserta ganti rugi makanan.
“Awak makan duit saya satu sen pun saya tak halalkan. Wallahi saya ada empat orang saksi. Sumpah demi Allah saya bercakap benar.
“Semoga Allah memberi keadilan pada saya. Tidak akan saya maafkan sampai bila-bila. Buat anda yang mencari kerja, berhati-hatilah.
“Jangan sampai jadi macam saya. Menyesal pun tak guna. Semoga Allah lindungi kita dari kezaliman manusia,” luah pekerja itu di laman Facebook.
Baca juga: Nak tidur baru perasan suami tak ada, rupa-rupanya…