Satu rakaman memamparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sedang menangis telah berjaya menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.
Tatkala kanak-kanak lain sibuk dengan permainan video mudah alih (mobile game, anak kecil ini meminta telefon bimbit untuk melihat gambar tokoh.
Sampai meraung, kanak-kanak itu rupa-rupanya mahu menatap gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sempat memanggil baginda ‘atuk’, kanak-kanak dua tahun itu nampaknya sudah mengenal dan mengagumi sosok pemimpin No. 1 Malaysia itu.
Mencuit hati, anak itu turut memanggil Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan gelaran ‘kakak’.
Tular di media sosial, bapa kanak-kanak berkenaan sempat merakam kaletah menghiburkan itu sebelum memuat naik video tersebut di laman TikTok.
“Ampun Tuanku sebab anak panggil atuk. Ampun Tuanku sekali lagi sebab anak panggil kakak,” tulis bapa kanak-kanak itu di keterangan video.
Menjadi perbincangan hangat di media sosial, rata-rata pengguna TikTok mendoakan agar anak kecil itu dapat berjumpa baginda secepat mungkin.
“Semoga dipermudahkan segala urusan anak ni untuk berjumpa dgn YDPA (Yang di-Pertuan Agong),” doa ikhlas seorang penonton.
“Mummy Daddy boleh sediakan dah baju. Manalah tahu bakal dijemput nanti.” Seloroh pengguna lain.
Baca juga: “Dia campak, cekik, dan gigit lengan”, bekas pemain kebangsaan belasah kekasih?