Setiap penghantar makanan pastinya ada pengalaman tersendiri, ada yang bergaduh dengan pelanggan malah ada juga mencuit hati.
Seorang penghantar makanan Hazmie Faiz Razak memuat naik hantaran di Facebook mengenai pelanggannya.
Pada mulanya dia tidak mahu naik hingga ke tingkat lima namun disebabkan amanah maka Hazmie teruskan perjalanannya.
“Sampai tingkat lima, mengah juga aku. Sampai depan rumah pe;langgan, dia dah tunggu. Aku bagi makanan, dia terus hulur sampul,” ujarnya di Facebook.
Terkejut dengan sampul yang diberikan, penghatar tersebut menyoal namun disuruh ambil sahaja oleh pelanggan.
Tidak berfikiran negatif, penghantar tersebut terus pulang dan setibanya di vendor, dia melihat kepada isi dalam sampul tersebut.
“Buka sampul, Allahuakbar! Nampak ada satu kertas kecil, aku baca. Hampir nak menitik air mata aku.
“Semoga abang Syed dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki selalu. Amin,” tambahnya.
Rata-rata netizen turut mendoakan urusan pelanggan tersebut dipermudah dan doa dimakbulkan.
Baca juga: Mak Cik Indon ‘speaking London’ buat rakyat Malaysia terpegun, “dia punya accent padu kalah aku”