Baru tingkatan 5 dah dapat ‘offer’ gaji RM14,000, tak sangka kerja ini dia buat sebenarnya

Oleh KIM SYAZIE

Menyita perhatian, seorang pelajar Tingkatan Lima telah membuat satu pendedahan yang menggemparkan di media sosial.

Baru berusia 17 tahun, pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM14,000 sebulan.

Bekerja secara jarak jauh, pemuda itu sebenarnya bergelar sebagai jurutera teknologi perisian di sebuah syarikat multinasional (MNC).

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pemuda itu di laman Instagram yang mendedahkan jurang gaji pekerja di Malaysia iaitu @malaysianpaygap.

Tidak mereka cerita, halaman tersebut telah membuat pengesahan dengan memeriksa slip gaji dan nombor kad pengenalan pelajar tingkatan lima itu.

Masih muda, pelajar tersebut telah mempunyai pengalaman selama empat tahun sebelum berkhidmat di syarikat teknologi kewangan itu.

Merupakan syarikat antarabangsa, pemuda itu menjelaskan bahawa dirinya perlu membiasakan diri dengan perbezaan zon masa.

Namun menurutnya, zon masa yang berlainan itu memberi banyak kelebihan kerana dirinya masih perlu bersekolah pada waktu pagi.

Remaja itu juga sempat memberi nasihat selepas sedar perkongsiannya telah menarik minat pembaca untuk masuk ke bidang teknologi perisian.

“Jika anda berminat untuk menjadi pembangun perisian, sila belajar asas. Bukannya terus melompat ke dalam alam kerja. 

“Kem pendidikan pada masa kini juga banyak memberi penekanan mengenai rangka kerja.

“Sebagai seorang pelajar yang bukan lepasan jurusan Sains Komputer, banyak asas-asas yang perlu saya belajar sendiri,” katanya.

Baca juga: Tak perlu racun! Rupanya boleh guna garam kasar je untuk matikan rumput liar