Setiap manusia ada cabaran dalam kehidupan masing-masing tidak kira buat lelaki atau wanita namun ini bukanlah tiket untuk kita bersifat kejam.
Kisah ini bermula apabila sebuah keluarga di Taiwan bersifat kejam dengan mendera anak mereka yang kelainan upaya (OKU) lapor Tribunnews.
Pemuda berusia 26 tahun, Sha Wang yang mengalami masalah Sindrom Down itu dibenci keluarga sendiri sehingga sanggup menyuntik bahan terlarang untuk tamatkan hayatnya.
Tidak kuat melihat kejadian tersebut, pembantu rumah mereka, Siti Aisyah nekad membawa balik Sha Wang ke Indonesia bersamanya selepas enam tahun berkhidmat.
Walaupun bergelut dengan masalah kewangan, Aisyah tetap bekerja keras demi menyara Sha Wang dan tiga anaknya.
Malah dia tidak menerima gaji dari majikan untuk menjaga anak istimewa itu sehinggalah timbul berita palsu di media Taiwan.
Aisyah dituduh menjaga Sha Wang kerana duit dan kononnya dia telah diberi upah berjumlah RM464,628.
Wanita tersebut mengakui pernah menerima duit daripada mediang ayah Sha Wang tetapi tidak sebanyak jumlah yang dikatakan media.
Selepas kematian ayah Sha Wang, Aisyah tidak lagi menerima kiriman wang dan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya dari hasil peniagaan kedai runcit.
Baca juga: Baru tingkatan 5 dah dapat ‘offer’ gaji RM14,000, tak sangka kerja ini dia buat sebenarnya