Setiap hari makan nasi lauk garam dan bawang, warga asing ini mampu simpan RM800,000 di kampung

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka dengan hanya makan nasi berlauk garam setiap hari, pekerja asing ini mampu menghantar wang simpanannya sebanyak RM800,000 kepada keluarganya di Bangladesh.

Bukan itu sahaja, difahamkan pekerja warga Bangladesh ini juga sudah menyimpan sebanyak RM800,000 dalam tempoh beberapa tahun bekerja di Malaysia.

Perkara itu didedahkan seorang pemuda di TikTok yang menggunakan akaun @pokchek906. Video tersebut tular sejak tahun lalu lagi.

Dalam video itu, pekerja tersebut memberitahu bahawa setiap hari dia cuma makan nasi berlaukkan bawang merah, sedikit air, dan garam sahaja demi menyimpan duit

.Apa yang mengejutkan, lelaki warga asing itu sudah pun mempunyai rumah dan tanah di kampung halamannya.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkongsi kisah sama memberitahu bahawa rakan mereka dari Bangladesh juga mempunyai simpanan sebesar RM300,000 hasil menyimpan dan berjimat cermat.

Bahkan ada juga memberitahu bahawa kebanyakan pekerja warga asing ini sememangnya pandai berjimat dan mereka juga sebenarnya suka belanja rakan-rakan.

“Dari segi pengalaman, kita minta KFC mesti depa belanja woo. Bahaya geng ini,” seloroh netizen.

“Dia orang dah biasa makan macam ini. Kalau kita makan macam ni, sambil makan sambil kesat air mata,” komen yang lain pula.

Baca juga: Hanya kerja Grab, individu kongsi simpanan cecah RM100,000