Seorang pemuda merakam aksinya menelefon suami orang dengan membuat suara wanita sebagai satu prank.
Tanpa disangka lelaki tersebut melayan perbualan tersebut malah meminta pertolongan kerana isteri tolak ajakan bersama selepas perut semakin besar.
Video berdurasi lebih 6 minit itu dimuat naik di akaun TikTok @apittdnzly_.
Tidak tahan dengan perangai suami orang yang gatal, lelaki tersebut menukar suara jantannya serta memberikan kata-kata makian.
Perkara tersebut membuatkan suami orang itu terus meletakkan telefon kerana berasa cuak dirinya terkantoi.
Rata-rata netizen kasihan akan nasib si isteri yang mendapat suami tidak sedar diri sehingga sanggup mahu ‘makan luar’.
Baca juga: Setiap hari makan nasi lauk garam dan bawang, warga asing ini mampu simpan RM800,000 di kampung