Pelakon juga seperti rakyat biasa, pastinya mahu bergurau senda bersama rakan baik namun tidak perlu muat naik konten di media sosial.
Terbaru tular video pelakon, Ain Edruce yang terlihat menjerit untuk pasangan Janna Nick dan Dini untuk bercium di khalayak ramai.
Jika tidak dirakam mungkin tidak membawa masalah kerana semua mengenali personaliti Ain yang gila-gila itu.
Bukan hanya Ain, ada juga orang di sekeliling turut meminta benda yang sama kepada pasangan pengantin baru itu.
Warganet akhirnya memahami ketidakselesaan Ustaz Wadi Annuar yang membuat keputusan untuk pulang lebih awal.
“Bukan ke cium ini dilakukan dalam ruangan tertutup sahaja.
“Aduh nak balik terus rasa melampau, tak apa ustaz kami memahami situasi ini. Kalau saya pun malu
“Mesti ustaz kecewa sangat hadir majlis begini tapi tetap hormat dan pergi lepas selesai pengantin berucap walaupun tak sempat makan.
“Kasihan ustaz, mesti rasa bersalah sangat dalam diri. Langsung tak kawal diri walaupun ustaz ada kat hujung,” antara komen netizen.
Baca juga: “Semalam kata dah balik” – Netizen tunjuk bukti Ustaz Wadi masih ada dalam majlis kahwin Janna Nick