Tular mengenai ketidakpuasan hati pemain Kelantan FC isu pembayaran gaji, malah timbul pula isu pemiliknya ada hutang yang tidak dilangsaikan.
Disebabkan itu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tampil ingin mengambil alih semula pasukan bola sepak Kelantan FC.
Menurut mStar, Vida sudah menyatakan hasrat itu dan seharusnya pihak Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham memberi maklum balas mengenai hal tersebut.
“Bila saya dah meminang, responlah!
“Saya harap bila saya dah uar-uarkan keinginan dan hasrat membeli pasukan Kelantan, pihak di sebelah sana boleh hubungi pihak saya untuk adakan pertemuan.
“Takkan saya yang perlu mulakan, jadi dipersilakan untuk memulakan perbincangan saya sedia,” katanya seperti dipetik mStar.
Dalam pada itu, Vida berniat meletakkan anak lelakinya Kacak sebagai salah seorang yang akan menguruskan kelab berkenaan.
“Kacak memang main bola sepak dan ada pasukan sendiri, dengan jurulatih pun dia selalu berbincang macam mana nak majukan Kelantan.
“Jadi saya letak orang yang bermain bola dalam pengurusan jadi keperluan pasukan tu lebih dekatlah pada pendapat saya,” tambahnya.
Baca juga: Datuk Seri Vida bersedia taja semula Kelantan FC, mahu Kacak jadi pengurus