Hanya dengan mengutip sampah, wanita berusia 31 tahun ini mampu membuat keuntungan sebanyak RM10,000 sebulan.
Namun sampahnya bukan biasa-biasa, Tiffany hanya mengambil sampah yang diyakini berharga untuk dijual semula.
Wanita berasal dari Texas, Amerika Syarikat pada awalnya mengambil semua ‘sampah’ dilihat namun dia belajar hanya untuk memilih yang beri keuntungan sahaja.
Antara barangan dijumpai oleh Tiffany termasuk pakaian Michael Kors yang bernilai RM350, vakum bernilai RM1,600 dan juga barang-barang berharga yang lain.
“Sekarang saya hanya mengambil barang-barang yang saya tahu akan saya gunakan atau memberi saya keuntungan.
Saya biasanya mencari di Google harga asal barangan tersebut, kemudian menjualnya semula dengan potongan sebanyak 75 peratus,” jelasnya.
Tiffany biasanya menggunakan media sosial, eBay atau Facebook untuk menjual barang-barang yang dijumpai olehnya.
Tiffany juga terkenal sebagai ‘Dumpster Diving Mama’, sudah mempunyai lebih dari 4.2 ribu pengikut di Youtube, 422 ribu di TikTok, dan 7 ribu di Instagram, berdasarkan rekod pada tahun 2020.
Baca juga: Dulu jurujual je, gadis ini terima nafkah RM500K sebulan lepas kenal pemain bola sepak