Tiada angin, tiada ribut, seorang suami terperanjat apabila isteri yang disayanginya tiba-tiba meluahkan hasrat untuk bercerai.
Lebih mengeruhkan keadaan, ibu kepada dua anak itu turut menuntut harta sepencarian sebanyak 50 peratus daripada suaminya.
Pemuda itu tidak menyangka, gaji yang diterimanya sebanyak RM50,000 sebulan langsung tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Bekerja di pelantar minyak, pasangan itu terpaksa hidup berjauhan dan menjalani percintaan jarak jauh (PJJ) dari awal perkahwinan.
Bibit-bibit masalah itu mula muncul apabila sang isteri enggan melayan kemahuan dan keperluan setiap kali pekerja ‘offshore’ itu pulang ke rumah.
Enggan menyalam tangan suami ketika tiba di pintu rumah, kepulangan lelaki itu malah disambut dengan kata-kata makian.
Tidak mempunyai pilihan, lelaki itu kemudian membuat keputusan untuk mengikut kemahuan isterinya yang mahu berpisah.
Mengejutkan, bekas isterinya itu kemudian membuat tuntutan harta sepencarian sebanyak 50 peratus selepas mereka sah bercerai.
Wanita itu juga meminta wang sebanyak RM90,000 sebagai mutaah, RM7,000 nafkah eddah dan nafkah dua anak bernilai RM6,000.
Difahamkan, kes itu masih berjalan dan kisah tersebut dikongsikan oleh peguamnya yang dikenali sebagai @nuraienakmal.
“Kisah suami tersakiti 2023. Kesian nasib abang ini,” tulis peguam yang memuat naik kisah itu di laman TikTok miliknya.
Baca juga: Tiada lagi “kasta” B40, M40, T20, akan diganti dengan pengkelasan lebih bermakna