Tular di media sosial, Ahli Parlimen PAS iaitu Zulkifli Ismail telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan baru-baru ini.
Undang kecaman, wakil rakyat Jasin itu membuat satu dakwaan mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengikut pandangannya sendiri.
Zulkifli berpendapat bahawa mereka yang mengikuti ajaran aliran ahli ASWJ sepatutnya menyertai Parti Islam Se Malaysia (PAS).
Hal ini kerana, Zulkifli menganggap ASWJ menolak pengaruh falsafah dalam menjalani kehidupan yang menurutnya sejajar dengan pegangan parti.
“Oleh sebab itu, kalau kita betul-betul ASWJ maka kena jadi (sertai parti) PAS lah. Itu sebenarnya. Orang PAS itu sebenarnya ASWJ.
“Kerana dia mengambil pendirian yang betul di dalam menolak pengaruh falsafah dalam kehidupan manusia,” dakwanya.
Kenyataan dalam bentuk video itu kemudian dimuat naik di laman TikTok dan rata-rata pengguna tidak senang ketika melihat rakaman tersebut.
Mereka akui khuatir sekiranya kenyataan tersebut bakal memberikan pandangan serta imej yang buruk terhadap agama Islam.
Ramai juga yang mempersoalkan kedudukan umat Islam yang tinggal di luar negara di mata Zulkifli kerana mereka tidak menyertai parti PAS.
“PAS sekarang ini lebih banyak beri kesan dan pandangan buruk terhadap agama ISLAM.” Kesal pengguna lain yang merasa khuatir.
“Dekat Arab Saudi dan negara Islam lain yang tiada PAS tu bagaimana pula? Mereka bukan Ahli Sunnah Waljamaah lah,” soal seorang pengguna.
Baca juga: Kecoh satu jalanraya! Kereta mewah Aliff Syukri kena hentam dari belakang