Penat beratur nak tukar IC rosak, rupanya boleh buat panggilan telefon sahaja

Oleh KIM SYAZIE

Kadangkala kita tak sedar kad pengenalan ada masalah seperti cip tidak boleh dibaca, maka langkah utama yang akan dilakukan adalah menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Disebabkan zaman sudah semakin maju, rupanya ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Baru-baru ini seorang pemuda, Farid Affy, berkongsi di Twitter cara mudah menukar kad pengenalan rosak dangan hanya panggilan telefon.

“Aku baru tahu sekarang ni kalau IC (kad pengenalan) rosak boleh tukar guna panggilan telefon sahaja. Cuma kita tak dibenarkan tukar info dalam IC macam nama dan alamat.

“Dan kena bagi IC lama masa datang collect IC baru dan bayar RM10. Mantap Malaysia! Hotline: 0388808066, masa 8 pagi hingga 5 petang,” ujarnya di Twitter.

Tambah Farid, kad pengenalan juga boleh diambil di Pusat Cetakan Teragih selepas 30 minit permohonan.

Di bawah adalah senarai Pusat Cetakan Teragih

Image

Lepas ini tak perlu bersusah payah nak beratur lagi, tapi kalau nak tukar alamat di kad pengenalan terpaksalah berurusan di kaunter.

Baca juga: Tiada lagi “kasta” B40, M40, T20, akan diganti dengan pengkelasan lebih bermakna