Tidak hanya menghina anggota bawahan, pegawai kanan polis yang tular di media sosial baru-baru ini turut mengugut mahu memukul orang awam.
Berlaku di medan selera di Taman Sri Gombak, Batu Caves, kejadian itu dimaklumkan oleh Ketua Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Menurut Hussein, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa didatangi pegawai polis itu pada pukul 12 tengah hari kelmarin.
Tiba-tiba, wanita yang memperkenal diri sebagai penjawat awam itu bertindak memarahi dan menengking pengadu di tempat kejadian.
Malah, pegawai kanan polis yang sepatutnya bertugas untuk melindungi orang awam itu turut mengugut mahu memukul mangsa.
“Wanita itu yang memperkenalkan diri sebagai penjawat awam bertindak memarahi pengadu atas sebab membuat bising di rumah jiran.
“Dia turut menggunakan nada suara tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu kerana membuat bising.
“Dia kemudian mengugut mahu memukul pengadu dan turut memarahi semua orang yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Wanita itu juga didapati mempersenda anggota polis berpangkat rendah dan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta.
Bertindak atas laporan, pihak polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Suspek sudah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.” Ulas Hussein.
Baca juga: “Kau belajar sampai SPM kan”, Pegawai Kanan Polis berlagak, hina anggota bawahan depan orang ramai