Meresahkan, isu lambakan peminta sedekah di negara kita terutamanya dari kalangan warganegara asing bagai tiada penghujungnya.
Tidak menemui jalan penyelesaian, pendatang asing ini malah semakin berani bertindak agresif sekiranya kemahuan mereka tidak dipenuhi.
Terbaharu, tular satu rakaman memaparkan pasangan warga asing yang sedang meminta sedekah di sebuah kedai makan.
Menurut perakam video, pasangan berkenaan sudah beberapa kali datang premis itu untuk menjalankan aktiviti mengemis.
Kali ini, percaturan pasangan itu tidak menjadi apabila tiada seorang pun pelanggan mahu menghulurkan wang kepada mereka.
Sebagai tanda protes, salah seorang pengemis kemudian menolak kerusi kedai makan berkenaan sebelum beredar.
Berjaya mendapat tontonan lebih dari 1 juta pengguna, video kejadian tersebut kemudian dimuat naik menerusi laman TikTok.
“Siap tutup muka. Paling biadab dia tolak kerusi kedai keluarga aku! Macam-macam puak dia ni masuk,” tulis perakam video.
Tinjauan di ruangan komen mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan, rata-rata penonton juga mengakui pernah terserempak dengan pasangan itu di sekitar ibu kota.
“Macam kenal perempuan ni. Masa itu dia datang ke Jejantas Saloma. Aku dah agak dia minta duit walaupun tak faham dia cakap apa,” kata seorang pengguna.
“Macam-macamlah diaorang ini. Harap adalah penguat kuasa yang akan mengambil tindakan.” Kongsi pengguna lain.
Baca juga: Rantai leher emas direntap peragut, wanita ini malah ketawa terbahak-bahak?