Wanita ini kongsi berapa banyak dia habiskan duit sebagai isteri jutawan, sehari cecah RM70,000

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita, Linda Andrade berkongsi kepada pengikut media sosial bagaimana dia menghabiskan hari-harinya sebagai seorang isteri kepada jutawan.

Menerusi video dikongsi di TikTok miliknya, Linda berkata dia menghabiskan kira-kira AS$16,000 (RM74,744) sehari untuk berbelanja dan membeli belah.

Suri rumah yang baru berusia 23 tahun itu mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan dan dia tidak segan mempamerkan gaya hidup mewahnya.

Dalam video TikTok baharu dengan judul bermaksud ‘Berapa Banyak Saya Berbelanja dalam Sehari Sebagai Isteri Jutawan’, si cantik itu berkongsi tabiat berbelanjanya, menyebabkan ramai penonton terpegun.

Andrade yang kini menetap di Dubai bersama suaminya, Ricky, memulakan hari dengan membeli barang keperluan sendiri dan minum kopi emas 24K berharga AS$80 (RM373.72).

Dia menghadiri sesi gimnasiumnya dengan bayaran AS$300 (RM1,401) dan membeli minyak wangi berharga AS$420 (RM1,962) sebelum berbelanja sebanyak AS$120 (RM560) untuk makan tengah hari.

Wanita itu kemudian merias kukunya dengan bayaran AS$500 (RM2,335).

Dalam mood berbelanja, suri rumah itu membeli lagi beg tangan dan kali ini ia berharga AS$7,000 (RM32,700).

Baca juga: Bekas paderi ajak ribuan penganut Kristian masuk Islam lepas dapat mimpi, ini kisah Ibrahim Richmond