Berang tak dapat pinjam duit, wanita perli jiran mampu korban tapi tak tolongnya

Oleh KIM SYAZIE

Berang apabila permintaan untuk meminjam duit ditolak, seorang wanita memerli jirannya yang melakukan ibadah korban.

Dalam hantaran Facebook yang sudah dipadamkan, wanita tersebut memaklumkan jirannya mengelak dirinya kerana tidak mahu meminjamkan duit.

“Jangan sampai korbankan lembu, tapi bila orang nak pinjam wang daripadanya, dia mengelak dan berbohong.

“Sia-sia korban lembu jika dengan jiran sendiri bersikap kedekut. Nak bagi pinjam wang pun berkira,” ujar wanita tersebut dalam hantaran di Facebook.

Rata-rata warganet tampil mempertahan jiran tersebut kerana itu adalah haknya sama ada dia mahu memberi pinjam duit atau tidak.

May be an image of text that says "Alfa Tina Loh kok sewot,itu hakx orng dong,mau minjamin apa nggak 1hari 1 han Haha Balas 36 Pembuat Siti Habiba Alfa Tina itu bkn hak manusia,tp tu hakx allah 1hari hari Suka Balas Lihat 25 balasan ain... 116 Sukmawati Thalib R TDK ada kata percuma kalau mau berbuat baik, masalah diterimah atau TDK amalan seseorang bukan"
May be an image of 1 person and text that says "Pembuat Siti Habiba Pahalanya orang yg memijamkan uangnya sm orang lain jauh lebih besar dr pd berkorban bkn krn allah.. 2 hari Suka Balas 432 Keii Siti Habiba Minjem 10jt dulu dong, k... Lihat 111 balasan lainnya... Nursyam Icham Ngapain juga kasi pinjam..malas malas juga bayar 2 hari Suka Balas 58 Pembuat Siti Habiba"

Mungkin jiran tersebut sudah lama mengumpul duit untuk ibadah korban jadi dia memilih untuk tidak bagi pinjam, wanita tersebut seharusnya cari jalan sendiri untuk mendapatkan wang.

Baca juga: Patutlah tak kerja pun banyak duit, pemuda dedah sisi gelap NGO yang ditubuh untuk kaut duit